Jumaat, 27 Januari 2017

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA



DUB 1012-PEGAJIAN MALAYSIA

                               Nama Kumpulan:- 1. Wan Faridatul Amirah Bt Rozali(02DTM16F2024)
                                                              2. Nurul Nasyura Bt Yusof ( 02DTM16F2044)
                                                              3. Siti Anis Shahirah Bt Zaino ( 02DTM16F2013) 
                                                              4. Thatchaayinee Sarawanan (02DTM16F2022)
                                                              5. Noratikah Bt Abdul Halim (02DTM16F2019)


                                Kelas: DTM 1A




SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA




        Sejarah awal pendudukTanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan penduduk asal negara ini iaitu Orang Asli. Siapa itu Orang Asli? Orang Asli merupakan perkataan generik Bahasa Melayu yang digunakan secara rasmi di Malaysia. Bagi merujuk kewujudan orang asal yang menduduki Tanah Semenanjung Tanah Melayu sejak azali lagi. Terdapat sekurang-kurangnya 18 suku dari etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu, mereka dikategorikan kepada tiga (3) kempulan utama berikutan tutur bicara dan adat istiadat mereka yang berbeza diantara satu sama lain.

                                        
          Orang Asli di kenali sebagai Orang Melayu Proto memiliki ciri-ciri  yang tidak jauh bezanya dengan Orang Melayu Moden. Apa itu Orang Melayu Proto? Proto Melayu (Melayu Tua) kedatangannya atau migrasi dan kehidupan terkait asal-usul dalam persesebaran nenek moyang bangsa Indonesia.Mereka adalah orang-orang Austranesia dari Asia yang pertama kali di Semenanjung Malaysia. Bangsa Melayu Tua memasuki wilayah Nusantara melalui dua jalur iaitu Jalur Barat dan Jalur Timur. Jalur Barat melalui Semenanjung Melayu Sumatra. Jalur Timur melalui Filipina-Sulawesi selatan. Mereka mempunyai peradapan yang lebih maju daripada Negeri Kebudayaan Bangsa Melayu Tua disebut kebudayan Batu Baru atau Neolithikum. Mereka membawa kebudayaan Neolithikum dari pusatnya di Bacson-Hoabinh. Walaupun dari batu, pembuatanya sudah dihaluskan. Hasil budaya zaman ini yang terkenal adalah kapak persegi yang banyak ditemukan di wilayah Indonesia bagian barat (Sumatra,Jawa,Kalimantan dan Bali). 

         Menurut penelitian Van Heekeren di Kalumpang ( Sulawesi Utara ) telah terjadi perpaduan antara tradisi kapak persegi dan kapak lonjong yang dibawa oleh orang-orang Austronesia yang datang dari arah utara Indonesia atau melalui Filipina dan Sulawesi. Suku bangsa Indonesia yang termasuk anak keturunan bangsa Proto Melayu adalah suku Dayak (Kalimantan Tengah), suku Sasak (Pulau Lombok, suku Nias (Pantai barat Sumatra), suku Kubu (Sumatra Selatan), suku Batak (Sumatra Utara), dan suku Toraja (Sulawesi Selatan). Bangsa Proto Melayu kemudian terdesak kearah timur setelah kedatangan bangsa Deutero Melayu. 
 



orang asli



         
         Kehadiran kaum-kaum lain, seperti etnik Cina dan India pula telah mempengaruhi dan mungubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu. Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Hal ini menjadi semakin hebat selepas campur tangan British di Negeri-negeri Melayu, kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya. Dari segi ekonomi, perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan imigran cina dan India secara beramai-ramai. Penghijrahan imigran Cina dan India ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu sehingga ke hari ini. Penghijrahan masyarakat luar ke Tanah Melayu bukan sahaja melibatkan kaum Cina dan India, malah ada orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Kebanjiran imigran-imigran dari luar ini telah membentuk konsep masyarakat majmuk di Malaysia, bermulanya dari sejak awal lagi.





 Kaum India





 kaum cina






 kaum melayu



         Pembentukan masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat dikesan sejak awal tahun Masihi menerusi kegiatan perdagangan. Oleh sebab itu, Tanah Melayu terletak di lokasi yang strategik Lokasi Melaka di Selat Melaka menjadikannya tempat yang amat strategik,
iaitu di  pertengahan laluan perdagangan antara Timur dengan Barat. Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal-kapal berlabuh dengan mudah untuk menurunkan barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun Barat Daya kerana Pulau Sumatera dapat menghalang tiupan angin tersebut. Banjaran Titiwangsa pula dapat menghalang pelabuhan Melaka daripada tiupan angin monsun Timur Laut. Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat. Pedagang datang dan pulang mengikut musim angin monsun. Pedagang dari Timur datang ketika angin monsun Timur Laut. Manakala pedagang dari Barat pula datang ke Melaka ketika angin monsun Barat Daya. Keadaan ini menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pusat tumpuan pedagang dari Timur dan Barat. Ketika menunggu peralihan angin monsun, pedangan akan menjalankan urusan jual beli di Melaka. sementara itu, pedagang Melaka pula berperanan sebagai orang perantaraan dalam urusan jual beli barangan di antara pedagang dari Timur dan Barat. Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit-bukau menjadi petunjuk kepada pedagang untuk belayar. Kapal-kapal dagang yang belayar di perairan Selat Melaka boleh menjadikan  bukit-bukau tersebut sebagai panduan untuk menuju ke Melaka. Selain itu, bukit-bukau menjadi tempat yang strategik untuk memerhatikan dan mengawasi keselamatan Selat Melaka. Maka Tanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para perdagang dari India, China, Eropah dan Arab.







    Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu bermula menerusi hubungan keselamatan antara Maharaja China dengan Kerajaan Melayu Melaka. Melaka memiliki hubungan  yang dekat dengan Distinasi Ming di negara China, armanda Ming berperanan mengamankan jalur pelayar Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut. di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat di sentuh oleh Majapahit dan Ayutthiva. Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Chin melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusulidengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Parameswara memohonperlindungan daripada China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naunganChina dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning,cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan Chinakepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China. Berdasarkan Sulalatus Salatin, kerajaan ini merupakan kelanjutan daripada Kerajaan Melayu di Singapura, kemudian serangan Jawa dan Siam menyebabkan pusat pemerintahan berpindah ke Melaka. Distinasti Ming mencatat Parameswara sebaga pendiri Melaka menggunjngi maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengankuan atas wilayah kedaulatannya. Sebagai balasan upeti yang diberikan, maharaja China menyetujui untuk memerikan perlindungan kepada Melaka, kemudia tercatat sampai 29 kali utusan Melaka mengunjungi maharaja China. Orang India pula bertapak di Tanah Melayu sejak abad ke-4. (sumber rujukan)

       Bukti-bukti sejarah menujukkan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu Tua seperti Kerajaan Kedah, Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara telah menirima pengaruh Hindu-Buddha yang dibawa oleh pedagang-pedagangan India:- 


Kerajaan Kedah Tua

      Merupakan salah satu kerajaan yang awal terkenal di Semenanjung Tanah Melayu. Juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai ,Kalah, Kalah Bar dan Kalagaram. Menurut cacatan I-Tsing (Ying, 635-715, sami Distinasi Tang) dari negara China, juga disebut sebagai Cheh-Cha. Diasaskan pada abad ke 5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupkan pelabuhan utama tetapi kemudian bepimdah ke Lembah Bujang. Dipengaruhi oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan Candi yang terletak di Lembah Bujang. Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau pamduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat pertukaran barang, tempat persinggahan dan tempat pembaikki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Langka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rota, tandung, dan sebagainya.







Kearajaan Langkasuka

      Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore) yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Pattani (dahulunya Kedah). Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama masihi.


Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani.

Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku " THE NAGA KING'S DAUGHTER" terbitan Antara Books.
      
Patani dan Langkasuka:Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.

Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Trengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).

Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, yaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahwa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Konon, menurut buku Negarakertagama, Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka.

Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropolog berasal dari suku Jawa-Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.

Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum masehi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masehi, ia mendapati negeri itu telah lama dibuka.






Kerajaan Gangga Negara

         Merupakan Kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di Negeri Perak serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Mempercayai bahawa Kerajaan ini diruntuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Corolmandle, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut lagi cacatan Sejarah Melayu "HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA", Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari aban ke 2.


          Keagunggan Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 telah membawa ramai pedagang asing berhijrah ke Melaka. Ini disebabkan, beberapa faktor selain dari kedudukan yang strategik. Mereka daripada pedagang-pegagang yang datang dari China, India, Arab dan juga Eropah dan juga pedangang-pedagang dari wilayah-wilayah Kepulauan Melayu.



Faktor Melaka Sebagai Pusat Perdagangan



Pemimpin yang Berwibawa :

Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.


Peranan Dan Pengaruh Agama :
Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman Parameswara telah menyebabkan ramai pedagang Islam telah memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam meupakan pedagang utama di Melaka. Kedatangan mereka menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara.




Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan China :

Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindunganChina daripada ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.


Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot :
Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.


Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka :
Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan.


Pengurusan Perdagangan yang Cekap :
Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertari dengan pengurusan perdagangan yang cekap. Terdapat beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hokum dan sistem percukaian. Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal perdagangan,perkapalan dan pelayaran.


Kemudahan di Pelabuhan Melaka :
Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudanggudang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga.


Sistem Cukai yang Berkeutamaan :
Sistem cukai berkeutamaan telah menarik perhatian pedagang untuk berdagang di Melaka. Kerajaan Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar Barat yang menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi bagi saudagar yang datang dari China dan negara sahabat seperti Jawa, Maluku dan Sumatera.


Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca :
Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang dalam urusan komunikasi dalam urusan perdagangan.


Peranan Orang Laut :
Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagagnan di Selat Melaka daripada ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka.


Perlaksanaan Undang-undang :
Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Perlaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat jaminan keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun.